Pelanggan dan Rakan Kongsi kumpulan RoboForex yang dihormati,

Tahun lepas, RoboForex telah diserang oleh salah satu pesaingnya, yang cuba untuk memusnahkan reputasi Syarikat di mata pelanggan dan rakan kongsi sedia ada. Tambahan pula, aktiviti tersebut dirancang oleh pihak tertentu, yang mana mereka menggunakan maklumat peribadi pelanggan untuk membeli dan mendaftar domain. Semua ini adalah contoh pesaing yang tidak profesional dan memilih untuk berjaya menggunakan taktik kotor.

Kami memahami bahawa sesetengah pelanggan dan rakan kongsi kami telah mengetahui penipuan tersebut, yang tersebar melalui laman web ini, dan masih disebarkan melalui blog Internet, rangkaian sosial, dan komuniti peniaga. Dalam hal ini, Syarikat telah memohon kepada Mahkamah Timbang Tara Eropah untuk menyiasat kesahihan laman web syarikat. Menurut prosiding undang-undang, WIPO (World Intellectual Property Organization) Arbitrage & Media Center menyatakan bahawa aktiviti tersebut tidak sah dan melanggar undang-undang antarabangsa. Oleh itu, domain tersebut perlu dipindahkan ke RoboForex.

Kami menyarankan agar peniaga bijak dalam menilai semua maklumat negatif yang digunakan oleh pesaing syarikat, dan mengikuti perkembangan berita terkini, yang menyediakan kepada pelanggan dan rakan kongsi maklumat sahih perkembangan Syarikat.

Pada tahun lepas sahaja, Kumpulan RoboForex telah:

  • Membuka pejabat perwakilan di Vilnius dan Frankfurt am Main.
  • Memperkenalkan RAMM – platform pelaburan baru.
  • Melancarkan projek mega untuk dagangan saham Amerika dengan pelaksanaan pertukaran sebenar.
  • Mengemaskini kesemua produk bagi meningkatkan keuntungan pelanggan dan rakan kongsi Syarikat.
  • Menjadi penaja pasukan bola sepak Polis Limassol dan "Starkovich-Heskey Team" (Autolife) pasukan pelumba dalam rali Dakar 2017.
  • Menerbitkan penyata kewangan RoboForex (CY) Ltd.

Meningkatkan kualiti perkhidmatan dan kedudukan dagangan selaras dengan piawaian antarabangsa, dan tahun ini kami merancang untuk memberikan kepada pelanggan dan rakan kongsi kami dengan pelbagai program dan tawaran baru. Ikuti berita dan maklumat sahih syarikat!